Wednesday, 4 April 2012

Arsene Wenger melaungkan amaran kepada Manchester City


Pengurus Arsenal, Arsene Wenger melaungkan amaran kepada Manchester City dengan berkata, skrip kekalahan 1-2 kepada Queens Park Rangers (QPR) pada Sabtu lalu tidak akan berulang.

Arsenal yang menanti kunjungan skuad kendalian Roberto Mancini di Emirates, kini terdesak untuk mencatatkan kemenangan sebagai usaha memperbaiki kedudukan di carta Liga Perdana England.

Wenger berkata: "Sudah tentu, ia merupakan satu peluang baik untuk memperbaiki situasi kami di liga.
"Saya percaya kita bakal menyaksikan pasukan Arsenal yang berbeza (ketika menentang City) pada Ahad ini dan saya memberitahu kepada kamu, bagaimana kami terdesak untuk meraih tiga mata berharga.

"Kami beraksi dengan baik ketika menentang kelab-kelab gergasi dan itu merupakan sasaran kami (untuk mencatatkan kemenangan ketika menentang City).

"Kami tahu bagaimana cara untuk mengendalikan tekanan ini sebagaimana kami telah didedahkan dengan situasi ini pada musim-musim lalu."

Terdahulu, Arsenal dikejutkan dengan kekalahan di tangan QPR dan perlu mencatatkan kemenangan sekiranya berhasrat untuk layak secara automatik ke Liga Juara-Juara musim depan.

Namun, Wenger berkata: "Banyak kali saya mengatakan, kami tidak mahu mendabik dada dan mahu fokus terlebih dahulu. Saya merasakan fokus kami terjejas sedikit (ketika menentang QPR)." - Agensi
Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright BelogSoccer | Berita Terkini Dunia Bola Sepak 2012 | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all