Wednesday, 4 April 2012

Liga Juara: Barcelona,Bayern tempah tiket ke semifinal


Pada perlawnan Liga Juara antara FC Barcelona dan AC Milan pagi tadi berkesudahan 3-1 sekaligus membolehkan Barcelona menempah tiket ke separuh akhir liga Juara. Jaringan Barcelona hadir seawal minit ke-11 hasil jaringan Lionel Messi setelah dihadiahkan sepakan penalty untuk Barcelona. AC Milan tidak berdiam diri apabila menjaringkan gol minit ke-32 hasil jaringan daripada Antonio Nocerino menyebabkan keputusan kembali seimbang iaitu satu sama. Pada minit ke-41,sekali lagi Barcelona dihadiahkan sepakan penalty dan dijaringkan oleh Messi. Gol Andres Iniesta pada minit ke-53 telah mematikan harapan AC Milan untuk ke separuh akhir liga juara musim ini.

Pada perlawanan lain pula menyaksikan Bayern mudah menundukkan Marseille 2-0 untuk ke separuh akhir liga Juara dengan aggregate 4-0. Jaringan Bayern dijaringkan oleh Ivica Olic pada minit ke-12 dan 37.
Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright BelogSoccer | Berita Terkini Dunia Bola Sepak 2012 | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all