Manchester United kini 8 mata di hadapan pencabar terdekat iaitu Manchester City setelah menang ke atas QPR 2-0 yang berlangsung di Stadium Old Trafford malam tadi. Tuan rumah mendapat gol seawal minit ke-13 setelah Ashley Young dikasari oleh pemain QPR iaitu Shaun Derry di kawasan sepakan penalti dan Manchester United dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Wayne Rooney.
QPR terpaksa bermain 10 orang setelah pemain QPR tersebut dilayangkan kad merah. Ini menyebabkan Manchester United mendominasi perlawanan tersebut sehingga tamat perlawanan. Beberapa cubaan United terkena tiang. Gol kedua Manchester United pula dijaringkan oleh pemain Vateran Manchester United iaitu P. Scholes pada minit ke-68.
Satu lagi perlawanan yang menjadi tumpuan malam tadi antara Arsenal dan Manchester City yang berlangsung di Stadium Emirates. Pada perlawanan tersebut menyaksikan Arsenal menang 1-0 ke atas Manchester city. Ini menyebabkan harapan untuk Manchester City merapatkan jurang mata dengan United kian tipis dan sekaligus harapan untuk menjuarai Liga Perdana semakin sukar.
Lebih mengecewakan lagi apabila Manchester City kehilangan seorang penyerang iaitu Mario Balotelli apabila dilayangkan kad kuning untuk kali yang kedua pada minit ke-90. Gol Arsenal disumbangkan oleh Mikel Arteta pada minit ke-87.
Berikut merupakan keputusan penuh Liga Perdana English 8 April 2012 hari Ahad :
Manchester United ( 2 ) vs ( 0 ) QPR
Gol : Rooney,Scholes
Arsenal ( 1 ) vs ( 0 ) Manchester City
Gol: Mikel Arteta


0 comments:
Post a Comment