Saturday, 14 April 2012
FA Cup: Carroll memastikan Liverpool tempah ticket ke final
Pada perlawanan FA Cup separuh akhir antara Liverpool dan Everton menyaksikan Liverpool bangkit dari ketinggalan satu gol untuk menewaskan Everton di stadium Wembley dengan jaringan 2-1.
Liverpool dikejutkan dengan jaringan gol awal Everton iaitu Nikica Jelavic seawal minit ke-24 untuk mendahului Liverpool 1-0. Namun Liverpool bangkit untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-62 menerusi jaringan Luis Suarez.
Perlawanan berlarutan sehingga separuh masa kedua apabila Andy Carroll menyelamatkan maruah Liverpool untuk menempah ticket ke final FA Cup setelah menanduk masuk tendangan percuma dari Craig Bellamy pada minit ke-87 untuk meletakkan Liverpool kini di landasan terbaik menjulang trofi domestik kedua musim ini selepas memenangi Piala Curling, Februari lalu.
Lawan Liverpool pada final nanti bakal ditentukan pada satu lagi aksi separuh akhir menemukan Tottenham dan Chelsea di Stadium Wembley, jam 1 pagi Isnin ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment