Thursday, 12 April 2012
Christiano Ronaldo hat-trick lagi
Pada pertemuan La Liga antara Real Madrid dan Atletico menyaksikan Ronaldo menyumbat tiga gol untuk membantu Real Madrid menang selesa 4-1 kepada Atletico. Real tidak mengsia-siakan peluang untuk menjuarai la liga apabila terus mengutip tiga mata penuh dengan diekori pencabar terdekat iaitu Bercelona. Real Madrid kini empat mata di hadapan bercelona.
Goal Real Madrid dijaringkan oleh Christiano Ronaldo pada minit ke-25,68 dan sepakan penalti minit ke-83. Real melengkapkan kemenangan ke atas Atletico apabila pemain muda real iaitu Jose Maria Callejon menjaring gol pada minit ke-87.
Rakan sepasukan Real Madrid iaitu sergio Ramos dan Jose callejon memuji aksi cemerlang ronaldo ketika menewaskan Atletico dengan menyifatkan Ronaldo adalah pemain terbaik dunia setakat ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment