Thursday, 12 April 2012
United tewas mengejut,City rapat jurang mata
Pendahulu Liga iaitu Manchester United tewas mengejut kepada Wigan 0-1 di Stadium DW. Ini telah memberi harapan kepada pencabar terdekat United iaitu Man City untuk merapatkan jurang mata kepada lima mata. Jaringan Wigan dijaringkan oleh Shaun Maloney pada minit ke-50 untuk memastikan tuan rumah mengutip tiga mata penuh dari United.
Pada perlawanan lain pula di antara Manchester City dan West Brom yang berlangsung di Stadium keramat City iaitu Stadium Etihad menyaksikan City menang besar 4-0 sekaligus merapatkan jurang antara pendahulu liga iaitu United. Gol city dijaringkan oleh Sergio Aguero pada minit ke-6 dan minit ke-54. Goal ketiga City pula dijaring oleh Carlos Tevez minit ke-61 dan Silva minit ke-64.
Perlawanan lain pula menyaksikan Arsenal meneruskan rentak kemenangan kelab tersebut apabila menewaskan Wolves 3-0. QPR pula kembali mengutip mata apabila menumpas Swansea 3-0. Dengan hanya berbaki lima perlawanan, perebutan liga perdana masih terbuka untuk kelab city untuk memintas United yang kini lima mata dihadapan City. Pasukan tercorot pula berusaha untuk mengelak daripada tersingkir dari liga perdana English musim depan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment