ADVERTISEMENT

FACEBOOK PAGES

KEDUDUKAN LIGA SUPER

KEDUDUKAN LIGA PERDANA

Keputusan La Liga

Saturday, 14 April 2012


Pada pertembungan la liga dalam perebutan juara liga, Real Madrid dan Bercelona mencatat kemenangan masing-masing setelah Real madrid menundukan Sporting 3-1 dan Bercelona menang tipis 2-1 ke atas Levante.

Real dikejutkan jaringan oleh Miguel de las Cuevas pada minit ke-30 melalui sepakan penalti. Namun Real bangkit untuk menyamakan kedudukan dan terus mencatatkan kemenangan setelah dijaringkan oleh Higuin(37), Ronaldo(74), dan Benzema(84).

Barcelona pula bangkit dari ketinggalan 1-0 setelah Levante dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-23. Gol penyamaan hadir pada minit ke-64 menerusi jaringan Lionel Messi. Bercelona melengkapkan kemenangan pada minit ke-72 untuk mengutip 3 mata penuh bagi merapatkan jurang mata dengan Real Madrid menerusi sepakan penalti oleh Lionel Messi.

Berikut merupakan keputusan penuh La Liga 15 April hari ahad :

Real Madrid ( 3 ) vs ( 1 ) Sporting

Barcelona ( 2 ) vs ( 1 ) Levante
Read Post | comments

Liga Itali: Pemain rebah ketika beraksi


Pemain Livorno yang beraksi dalam Serie B, Piermario Morosini meninggal dunia akibat serangan jantung ketika perlawanan menentang Pescara, tengah malam tadi.

 
Morosini rebah secara tiba-tiba pada minit ke-31 dan bangun semula, namun seperti keliru sebelum rebah sekali lagi menyebabkan pasukan perubatan tangkas masuk memberikan rawatan sebelum beliau dibawa ke hospital.

“Kami cuba sedaya upaya menyelamatkannya tetapi dia tetap tidak sedar biarpun sudah dibawa ke hospital,” kata Pakar Perubatan, Leonardo Paloscia.

Jawatankuasa Olimpik Itali (CONI) mengesahkan Morosini mengalami kegagalan jantung dan semua acara sukan bertafakur selama seminit bagi menghormati kematiannya.

Malahan, perlawanan antara AC Milan dan Genoa serta semua perlawanan Serie A dan Serie B turut ditunda bagi menghormati pemergian pemain berusia 25 tahun itu.

Berita kematian Morosini itu hadir hanya beberapa minggu selepas pemain tengah Bolton, Fabrice Muamba mengalami masalah sama pada perlawanan Piala FA namun dapat diselamatkan oleh pihak perubatan

Sumber: mynewhub.com.my
Read Post | comments

Tevez hat-trick,City belasah Norwich


Pencabar terdekat United,Manchester City membelasah Norwich 6-1 dan merapatkan jurang kepada dua mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester United yang berlangsung di stadium Norwich.

Carlos Tevez meledak hatrik pada minit ke-18, 73 dan 80 manakala tiga lagi gol City dijaringkan Sergio Aguero (27 & 75) serta Adam Johnson (90). Gol saguhati Norwich dijaringkan Andrew Surman pada minit ke-51.

Namun United mampu menjarakkan semula jurang kepada lima mata andai mereka berjaya menewaskan Aston Villa di Old Trafford, jam 11 malam ini dengan saingan berbaki empat perlawanan.

Tiga lagi perlawanan malam tadi menyaksikan Sunderland seri 0-0 dengan Wolves, Swansea menewaskan Blackburn 3-0 manakala West Brom menewaskan QPR 1-0.
Read Post | comments

FA Cup: Carroll memastikan Liverpool tempah ticket ke final


Pada perlawanan FA Cup separuh akhir antara Liverpool dan Everton menyaksikan Liverpool bangkit dari ketinggalan satu gol untuk menewaskan Everton di stadium Wembley dengan jaringan 2-1.

Liverpool dikejutkan dengan jaringan gol awal Everton iaitu Nikica Jelavic seawal minit ke-24 untuk mendahului Liverpool 1-0. Namun Liverpool bangkit untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-62 menerusi jaringan Luis Suarez.

Perlawanan berlarutan sehingga separuh masa kedua apabila Andy Carroll menyelamatkan maruah Liverpool untuk menempah ticket ke final FA Cup setelah menanduk masuk tendangan percuma dari Craig Bellamy pada minit ke-87 untuk meletakkan Liverpool kini di landasan terbaik menjulang trofi domestik kedua musim ini selepas memenangi Piala Curling, Februari lalu.

Lawan Liverpool pada final nanti bakal ditentukan pada satu lagi aksi separuh akhir menemukan Tottenham dan Chelsea di Stadium Wembley, jam 1 pagi Isnin ini.
Read Post | comments

Christiano Ronaldo hat-trick lagi

Thursday, 12 April 2012


Pada pertemuan La Liga antara Real Madrid dan Atletico menyaksikan Ronaldo menyumbat tiga gol untuk membantu Real Madrid menang selesa 4-1 kepada Atletico. Real tidak mengsia-siakan peluang untuk menjuarai la liga apabila terus mengutip tiga mata penuh dengan diekori pencabar terdekat iaitu Bercelona. Real Madrid kini empat mata di hadapan bercelona.

Goal Real Madrid dijaringkan oleh Christiano Ronaldo pada minit ke-25,68 dan sepakan penalti minit ke-83. Real melengkapkan kemenangan ke atas Atletico apabila pemain muda real iaitu Jose Maria Callejon menjaring gol pada minit ke-87.

Rakan sepasukan Real Madrid iaitu sergio Ramos dan Jose callejon memuji aksi cemerlang ronaldo ketika menewaskan Atletico dengan menyifatkan Ronaldo adalah pemain terbaik dunia setakat ini.
Read Post | comments

United tewas mengejut,City rapat jurang mata


Pendahulu Liga iaitu Manchester United tewas mengejut kepada Wigan 0-1 di Stadium DW. Ini telah memberi harapan kepada pencabar terdekat United iaitu Man City untuk merapatkan jurang mata kepada lima mata. Jaringan Wigan dijaringkan oleh Shaun Maloney pada minit ke-50 untuk memastikan tuan rumah mengutip tiga mata penuh dari United.

Pada perlawanan lain pula di antara Manchester City dan West Brom yang berlangsung di Stadium keramat City iaitu Stadium Etihad menyaksikan City menang besar 4-0 sekaligus merapatkan jurang antara pendahulu liga iaitu United. Gol city dijaringkan oleh Sergio Aguero pada minit ke-6 dan minit ke-54. Goal ketiga City pula dijaring oleh Carlos Tevez minit ke-61 dan Silva minit ke-64.

Perlawanan lain pula menyaksikan Arsenal meneruskan rentak kemenangan kelab tersebut apabila menewaskan Wolves 3-0. QPR pula kembali mengutip mata apabila menumpas Swansea 3-0. Dengan hanya berbaki lima perlawanan, perebutan liga perdana masih terbuka untuk kelab city untuk memintas United yang kini lima mata dihadapan City. Pasukan tercorot pula berusaha untuk mengelak daripada tersingkir dari liga perdana English musim depan.
Read Post | comments

Mancini : Mario Balotelli kemungkinan akan dijual

Monday, 9 April 2012


Pengurus Manchester City, Roberto Mancini berkata Mario Balotelli tidak akan diturunkan lagi dan kemungkinan akan dijual selepas tamat musim ini.

Balotelli diarah keluar padang buat kali kedua musim ini pada perlawanan menentang Arsenal pada Ahad yang menyaksikan pasukannya tewas 0-1 sekali gus harapan untuk merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Manchester United semakin sukar.

"Saya sudah selesai tugas dengannya hari ini, tetapi saya sayangkan dia.

"Dia bukan lelaki jahat dan dia adalah pemain hebat, tetapi buat masa ini saya sangat simpati kepadanya selepas terus kehilangan bakat dan kualiti.

"Saya harap dia faham. Dia dalam situasi buruk untuk masa depannya dan dia perlu berubah.

"Dia tidak akan bermain lagi musim ini dan kemungkinan saya akan menjualnya pada musim panas nanti.

"Walaupun dia pemain hebat, saya tidak boleh terus meletakkan Mario di atas padang. Setiap masa kami berdepan dengan masalah," katanya.

"Setiap kali diarah keluar, kami berdepan dengan risiko. Okay, kejadian itu berlaku pada minit terakhir tetapi kamu boleh menjaringkan gol sebelum masa tamat."

Balotelli diarah keluar padang pada minit ke-89 kerana menerima dua kad kuning.

Sumber : mstar online.com
Read Post | comments
 
© Copyright BelogSoccer | Berita Terkini Dunia Bola Sepak 2012 | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all